make-up konsep

Thursday, 21 July 2011

SOLEKAN HD (high definition)

HMU 542 SOLEKAN II
DIPLOMA BEAUTY & HEALTH IN GEOMATIKA INTERNATIONAL COLLEGE
PENSYARAH : ENCIK JAMIRUL SINAIL
Pengenalan
Make – up High Definition  adalah merupakan suatu trend solekan yang terkini di mana solekan memerlukan penelitian yang sangat rapi,teliti dan penuh perhatian.Fenomena ‘ make – up high definition ‘ ini tercetus apabila kebanyakkan kumpulan produksi pembuat filem di barat sudah mula beralih arah dengan menggunakan peralatan – peralatan perfileman yang mempunyai teknologi yang sangat tinggi dan terkini.Sebagai contohnya,lensa kamera yang digunapakai untuk merakam dan menangkap gambar mempunyai resolusi yang sangat efektif,tinggi dan peka terhadap setiap inci rangsangan persekitaran iaitu enam kali lebih baik dan berkuasa daripada kamera biasa.Oleh sebab itu penelitian dan perincian daripada pelbagai aspek perlu dititikberatkan,tidak kira aspek yang hanya sekecil zarah sehinggalah sebesar – besar alam.Fenomena di barat ini juga telah menyebabkan sebilangan produksi pembuat filem dan stesen televisyen di seluruh dunia dan di negara ini mula mengikut untuk menggunakan konsep ‘ high definition ‘.








KOSMETIK DAN PERALATAN ‘ MAKE – UP HIGH DEFINITION ‘

Oleh kerana penggunaan peralatan perfileman yang berteknologi ‘ high definition’ ini sudah mula digunakan secara meluas,bagi memenuhi keperluan konsep ‘ high definition ‘ itu sendiri pihak pakar kosmetologi di barat telah mencipta produk kosmetik dan peralatan kosmetik yang dicipta khas menggunakan bahan – bahan formula ‘ high definition ‘.
Bahan – bahan kosmetik tersebut mempunyai kandungan bahan mineral semulajadi  yang bertindak dengan memberikan kesan pantulan cahaya ( glow ) di mana kulit wajah kelihatan lebih sihat,gebu,berseri dan bersinar serta tampak lebih muda.Pendek kata kulit wajah akan kelihatan sangat sempurna tanpa kehadiran secebis kecacatanpun.Selain itu,kulit wajah yang matang amat sesuai menggunakan produk – produk kosmetik yang berteknologi ‘ high definition ‘ ini di mana kulit wajah akan tampak lebih muda.Berikut adalah merupakan contoh – contoh kosmetik yang diformulasikan dengan menggunakan teknologi ‘ high definition ‘ :
 

No comments:

Post a Comment