make-up konsep

Thursday, 4 August 2011

Cara Pembentukan Bulu Kening



CARA PEMBENTUKAN BULU KENING

NAMA PENSYARAH : ENCIK JAMIRUL SINAIL
SUBJEK : HMU 542

Panduan asas cara membentuk bulu kening.

Bulu kening atau alis mata yang sepadan dengan bentuk muka boleh menambahkan seri dan kejelitaan wanita .Setiap wanita inginkan bulu kening yang kemas dan cantik.Bulu kening yang tumbuh berselerak di atas dan di bawah garisan semulajadi mata perlu dicabut paling kerap seminggu sekali supaya ia sentiasa kelihatan menarik.Ramai wanita mengangap membentuk bulu kening sesuatu yang remeh.Sebenarnya membentuk bulu kening juga memerlukan teknik dan kaedah yang betul seperti yang diajar di sekolah-sekolah kecantikan.


Bagi wanita yang memiliki kulit sensitif di bahagian kening dan berasa sakit apabila bulu kening dicabut,gunakanlah kaedah lain yang difikirkan sesuai seperti mencukur atau menggunakan benang dan lilin pencabut bulu kening.Tujuannya mengelakkan kulit yang sensitif itu daripada bengkak,luka dan mendapat jangkitan.

Pastikan anda mempunyai cukup peralatan apabila ingin membentuk bulu kening,seperti cermin,penyepit atau pencabut bulu (tweezer),gunting,pencukur,berus kening,kapas dan antiseptik.Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain yang difikirkan perlu seperti, losen pelembap,air suam,tisu ,pensil kening dan bekas untuk menyimpan peralatan.





Pastikan anda mengikut urutan membentuk bulu kening yang betul bermula dari bahagian 1,2,3,4 dan 5,seperti pada gambar yang ditunjukkan.Ini bertujuan mempermudahkan anda menyesuaikan bentuk dan saiz bulu kening mengikut kesan yang dikehendaki.Mulakan mencabut di bahagian pangkal dan bawah kening dahulu kemudian menyusul kebahagian atas kening.Lakukan dengan berhati-hati dan tidak perlu terburu-buru.Dengan cara ini kesilapan membentuk dapat dielakkan.Bukan semua wanita memiliki bulu kening yang lebat atau tebal secara semulajadi.Sesetengah wanita hanya memiliki bulu kening yang nipis dan sedikit,maka pensil kening boleh digunakan.


Lazimnya jarak mata yang normal adalah selebar satu biji mata di antara kedua-dua mata.(Lihat gambar di atas)Sekiranya jarak antara kedua biji mata lebih renggang,seeloknya bentukkan kening mata dengan meninggalkan selebar sebiji mata.Ini membolehkan mata kelihatan lebih rapat antara kening.Manakala kedudukan mata yang rapat pula,bentukkan kening mata dengan meninggalkan jarak selebar 1 biji mata di antara keduanya.Untuk mata yang berjarak normal,bentuk bulu kening hendaklah selari dengan saiz mata bagi memberikan kesan yang menarik dan sepadan.







Terdapat 5 jenis bentuk kening yang asas iaitu, kening yang berbentuk normal atau biasa, bentuk serong, bersudut, melengkung dan lurus.Manakala saiz bulu kening pula dikategorikan kepada 3 iaitu,yang tebal, nipis dan sederhana.Membentuk bulu kening hendaklah sesuai dengan bentuk muka, dahi dan juga mata seseorang.Sementara saiz bulu kening hendaklah sepadan dengannya. Adakalanya, saiz bulu kening bergantung kepada kehendak seseorang dan boleh juga dipengaruhi kehendak fesyen terkini.Sebagai contoh sesetengah wanita suka kening yang bersaiz tebal kerana mengikut trend artis kesayangan mereka.

Berikut adalah contoh-contoh padanan antara bentuk muka,dahi dan mata dengan bentuk bulu kening yang sesuai.Muka yang panjang sesuai dengan bentuk kening yang lurus. Muka bulat sesuai dengan bentuk melengkung.Muka segi empat amat sesuai dengan bentuk kening bersudut.Muka segi tiga sesuai dengan bentuk melengkung. Dahi rendah dan sempit sesuai dengan bentuk kening yang melengkung sedikit. Mata yang rapat sesuai dengan bentuk lengkungan yang tinggi dengan jarak di antara kening dilebarkan dan hujungnya dipanjangkan.

Peralatan

- Eyebrow pensil
- Berus kening
- Cotton bud

No comments:

Post a Comment